Tuesday, July 8, 2008

AduHai MaLU......


Aduhai, setiap wanita dikurniakan ALLAH swt dengan sifat MALU,

Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya,

Kerana Malu si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya,

Kerana MALU juga si wanita gagal diperdayakan pujukan nafsu,


Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya,

Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan dirinya tergadai,

Kerana hilang MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM dan apa itu HALAL,

Kerana hilang MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu,


Aduhai..setiap lelaki juga dikurniakan oleh ALLAH swt sifat malu,

Kerana MALU, si lelaki nasihatkan diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT,

Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan,HALAL dan HARAM tu kena INGATI,

Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya,


JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA.

Selalu mengingatkan dengan berkata " TAKUTLAH AKAN ALLAH"


Kina si wanita sudah hilang MALUnya,

Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR,

Kerana hilang MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt,

kerana hilang MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf khalifahi,


Sabda Rasulullah saw,SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.


Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan pada tempatnya,

MALULAH kamu pada ALLAH swt kerana ingkar akan suruhanNYA,

MALUlah kamu dengan RASULULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya,

MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN,

MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU,

MALUlah kamu kerana melawan kata IBU BAPA,

MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu.

Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari FAHSYAR dan MUNGKAR!!!

No comments: